Ads

Sunday 25 September 2011

Bendahara - REMP_Angel

Sebuah band dari utara bergelar Bendahara. Dianggotai 4 orang anak muda. Yang sangat Amirr pasti siapa line-up nya ialah saudara Amar sebagai Vokalis dan saudara One_9 sebagai pemain Bass. menampilkan single pertama mereka bertajuk REMP_Angel (lagu Melayu nih, Tajuk jek omputih). 


     Yang menariknya dalam lagu ni, terdapat dua bahasa (english & Malay). Ala2 lagu OST Filem Heart gitu.. Jarang2 kita nak jumpa lagu2 Malaysia berciri macam ni. Kira unik gak la..  
     Dan lagi satu keunikan Band Bendahara ni ialah melalui lagunya yang pertama ni (REMP_Angel). Korang agak2 buleh agak tak erti sebenar lagu ni? Hmm kompem dapat kan? Lagu ni menceritakan tentang luahan rasa sekumpulan Mat rempit. Yang mana selama ni kita asyik dihebah kan sikit2 Mat rempit jahat, Mat rempit mengganas. So, lagu ni macam back-up skit la isu2 rempit ni.. Yelah... Bukan semua Mat Rempit jahat geng... ada juga yang berhati mulia.. 
     
    Dan dalam lagu ni jugak dipersembahkan semangat setiakawan yang tak berbelah bagi dalam diri setiap Mat Rempit..  Kalau nak rasa aura semangat Rempit tu silalah layan video yang Amirr post ni k.. Sebarang Komen dialu2kan Layan... (^_^)





Najwa Latiff - Idola Para Pengkarya Akustik M'sia


NAJWA LATIFF - Gadis cute yang Amirr personakan pada post kali ni merupakan antara YouTube'rs yang telah pun berjaya mencipta nama di persada muzik M'sia.. Bermula dgn bermain gitar kapok hadiah dari ayahnya beliau memulakan langkah dengan suka2 je posting video 'kapok'ing nya di YouTube.. Namun nasib menyebelahinya kebanyakan postnya menjadi perhatian para viewers.. lenggok suaranya pada pendapat Amirr biasa2 saja.. namun mungkin kerana ada sesuatu yang dinamakan X-Factor menarik perhatian masyarakat umum.. Lastly.. She's On The Air.. so what! layan lah!!



Tahniah NAJWA!! All the best yah from Lagu Kita..

Untuk perhatian korang, ini URL untuk Najwa Latif punya blog : http://www.najwalatifs.blogspot.com/

Aina featuring Maskam - Kala Aku

Salam.. Post baru hri ni persembahan dari pencipta berjantina gadis yek.. Comel ke tak? bukan itu jadi ukuran k.. yang penting keikhlasan berkarya.. dari post nya di You Tube dapat Amirr rasakan yang Aina ni sedang mencari2 partner utk menubuhkan sebuah band.. Tapi belum pasti da jumpa ke belom.. Lagunya yang bertajuk Kala Aku ni pendapat Amirr ok.. Cuma mungkin kurang clear skit audionya .. ye la direct record pakai handphone kot.. Liriknya pun ada terpapar dalam shot nya. Original tulisan tangan lagi 2.. ok lah layan k.. 
(^--^)

Thursday 22 September 2011

Angah - Seniman Seremban


       Terpesona lak Amirr dgn ke'sempoi'an seorang lagi seniman yang menggelar dirinya sebagai ANGAH ni.. hehe.. Karya2 dia mmg kebanyakannya ala2 selambe yaya jek.. Lirik2 dalam lagu2 ANGAH ni keseluruhan nampak mmg kreatif. Korang nak tau  kali ni Amirr tak sediakan lirik lagu seperti yang Amirr postkan dkat post yang lalu (Pendam Cinta-Unknown) Sebabnya bukan malas... tapi ANGAH ni da rajin sgt publish kan lirik lagunya dalam video2nya ni.. Kalau nak sing-a-long skali pun boleh huhu.. bukan tu jaa.. ANGAH ni siap letak chording guitar sekali.. tak kerek punya beb.. haha... So, apa lagi.. layannn....


1. RINDU - ciptaan ANGAH

Hah.. apamacam? layan kan...? Leh wat tido beb.. kalau korang nyanyi lagu ni kat awex2 korang sambil main guitar. Tobat leleh punya.. haha.. Mungkin ANGAH inspirasikan lagu ni untuk awex dia kot.. kekeke


1. FLAT UDA AMPANGAN - Ciptaan ANGAH

Lagu ni paling Amirr suka .. Menampakkan yang ANGAH ni mencipta karya2 nya bukan main belasah saja.. Macam sesetengah seniman yang wat lirik lagu entah apa makna kiasannya, lepas tu claim yang lagu tu dari jiwa yang abstrak konon.. haha. Sebabnya ANGAH dapat menceritakan keadaan sebuah tempat yang dinamakan FLAT UDA AMPANGAN. Hingga dapat dibayangkan suasana tempat tu walau Amirr sendiri x pernah sampai ke sana. Manakan tidak, segala pasar malam hari Selasa, Medan Selera, gelanggang badminton, malahan Bank Tabung Haji pun ada diselitkan dalam lagu nya ni.. Salute Bro.. Pasal melodi x perlu diisukan disini walaupun kedengaran melodinya hanya diulang2 sampai habis lagu. rentaknya tetap memikat. haha.. Tak ramai yang terfikir nak buat lagu untuk sebuah tempat kediaman (mungkin ANGAH ni tinggal kat sini). At least ia menyedarkan saya bahawa ada tempat di Seremban yang bernama FLAT UDA AMPANGAN.. haha..


1. ABCD HILANG - Ciptaan ANGAH

Sebuah lagi yang karya kreatif dari ANGAH.. Lagu cintan yang selamba-yak-yak jek.. hehe. Maksud dalam lagu ni seperti dia kecewa dgn percintaan akibat dari hasutan insan2 disekeliling. Cuba lihat pada verse sebelum Chorus. Liriknya berbunyi : "APAKAH ERTINYA SEMUA.. HUJAN JARUM TIADA HENTINYA.."
Simbolik kan? ada lgi... Cuba dengar part Chorusnya pulak.. ANGAH ni mengeksploitasikan Huruf2 A.B.C.D disetiap permulaan kata lirik itu.. Macam ala2 lagu CT-Cinta Kenangan Silam (XPDC) pulak kan? Apa pun ANGAH, lu mmg Creative!! Salute!!


More videos from ANGAH click here : http://www.youtube.com/user/crazyfrenzy89


P/s : Rasa macam nak jumpa gak ngan ANGAH ni. bleh gak jamm Kapok sesama. Sapa2 kenal ANGAH ni? Dia ada Facebook tak? (^^)Y

PENDAM CINTA - Unknown


   Salam semua.... ini post Amirr yang kedua. Amirr persembahkan sebuah video karya group yang tak dapat Amirr kenalpasti. 

   Menurut sumber, Lagu bertajuk Pendam Cinta ini dicipta oleh FAUZI @ POZEE sewaktu mereka2 ini dibangku sekolah lagi. Sekitar tahun 90'an. Woo.. lama dah tue.. No wonder la feel dalam lagu ni ala2 Fotograf, Screen x pun ada macam touching Ramalanku Benar Belaka (Umbrella). 
   
   Pendapat Amirr tentang lagu ni.. hmm.. sampai feel dia.. Cuma liriknya ada sebahagian part2nya macam terlalu ringkas. Kiasan2 dalam bahasanya macam x terlalu melampau tersirat makna... hehe. Suara vocalistnya (Fauzi) merangkap 2nd guitar perghh..!! Amirr bagi 4 bintang dari 5. Mantap, syahdu, jantan & ada kedengaran husky2 ckit. Cun!

  Guitarist & keyboardistnya (Amots) okey.. alunan Keyboard mengisi sebahgian ruang lagu dari tampak kosong & mendamaikan penghayatan lagu tu.. Sedap.. Guitaristnya (Man) pulak cool & bersih permainannya.. sentuhan solo Rock Melayu yg okey.. tak keterlaluan dan menampakkan goreng'an gitar brader Man ni melengkapkan feel lagu Pendam Cinta ni. Bukan sekadar 'asal boleh' arrangementnya tapi feel yang bersentuhan dengan lagu yang disampaikan. 

   Walaupun lagu ni korang leh kata mendayu2 sangat tapi pada Amirr ianya BEST! Sedap! Boleh diputarkan banyak kali sebab lagu ni  mmg OKEY!  So overall lagu ni BEST! Tepukan untuk Kumpulan ni (nama kump. AMIRR x jumpa). And korang2 semua diharap layannnn..... Teruskan support karya anak M'sia yahhh!! Chaiyo!! (^__^)


Pendam Cinta – By unknown..


Sekian lama memendam cinta.
 Ingin ku luah apa dirasa.
Hati diketuk dan terbuka.
Dua insan.. jauh dimata.

Hatiku pernah berkata..
Tidakku luah hanya sia-sia..
Ku cuba sedaya upaya..
Untukku ... berkata-kata..

**Apa yang ku ingini, telah aku temui..
Insan yang dihajati, seindah bidadari..
Ku kenal diriku tiada yang indah..
Tapi aku mencuba untuk bercinta...

Di penghujungnya... aku berkata...

(Guitar solo../ Repeat ** to end)